Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.lang.du.lang] | دولڠ٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), petai belalang, petai laut, Desmodium umbellatum; 2. sj tumbuhan (pokok renek), bungau, ceremai antan, ubah paya, Glochidion obscurum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dulang-dulang

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Lain dulang lain kaki,
     lain orang lain hati.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pelaga Ibsejenis manik sebesar ibu jari diperbuat daripada tiram.Berdekatan dengan gong itu terdapat sebuah dulang yang diperbuat daripada banir pokok tapang. Dulang itu diisi dengan air untuk merendami duit syiling perak, kelam, pelaga manik, intan berlian dan emas. Dengan air itulah kepala bayi itu direnjis.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
apar Sk, Bdsejenis dulang yang berkaki dan bercorak, dibuat daripada loyang atau tembaga.Di dalam sebuah apar diletakkan seekor ayam jantan yang sudah dibelah perutnya, diletakkan pula tepak sirih loyang.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
narum, *narum tarum* Ibproses untuk mendapatkan warna hitam dengan menggunakan daun tarum.Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. Setelah proses ini selesai benang itu dimasukkan ke dalam air pewarna yang dipanggil tarum. Proses ini dipanggil narum.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mampul Ibsuatu proses pemisahan warna pada kain pua kumbu iaitu dengan cara mengikat kain tersebut dengan lembar tali nilon.Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngebat Ibmengikat bahagian-bahagian benang yang hendak dicelup supaya kekal warna asal bahagian yang diikat itu.Proses berikutnya dipanggil ngebat (mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak diwarnakan dengan warna-warna tertentu setelah benang itu disusun dengan cara yang teratur). Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas