Belian Ib | upacara mengubati orang sakit oleh manang. | Selang empat hari kemudiannya, empat orang pemuda yang dulu itu datang lagi untuk menjemput dia mengadakan upacara belian. Apabila mengetahui bahawa Manang Engkejuang teringin sangat untuk pergi belian, tambahan pula keempat-empat orang pemuda itu sudah naik dari pangkalan, Manang Entayang pun masuk ke bilik lalu menyapu mukanya dengan arang dan jelaga, sambil duduk berdekatan dengan dapur. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanjik Ib | bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi. | Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sambuhlayang, *sambulayang* Bj, Ir, Sl | bendera segi empat tepat. | Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lamak kapis Bj, Sl | sejenis layar kain yang lebih kecil dan berbentuk segi empat. | Layar yang dipanggil ‘lamak kapis’ lebih kecil dan berbentuk segi empat. | www.berita Harian .com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumbiling Kd, Mr | buluh temiang; Schizostachyum lima. | Alat muzik ini diperbuat daripada bambu jenis lampaki (Schizostachyum pilosum) atau sumbiling (Schizostachyum lima). Biasanya ia direka kirakira empat puluh sentimeter dan mempunyai empat lubang tonik. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lampaki Kd | sejenis buluh; Schizostachyum pilosum, buluh ini biasanya digunakan untuk membuat seruling. | Alat muzik ini diperbuat daripada bambu jenis lampaki (Schizostachyum pilosum) atau sumbiling (Schizostachyum lima). Biasanya ia direka kirakira empat puluh sentimeter dan mempunyai empat lubang tonik. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penyaram Ib, LB, MSr | sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah yang telah diadun dan seterusnya digoreng. | Tiga empat begitulah. Dia mengambil sendiri kuih rangin itu dan memasukkannya ke dalam karung plastik kecil yang dikhaskan oleh Khatijah untuk memuatkan kuih yang dibeli orang. Kemudian dia mengambil sebuah karung lain dan mengisinya dengan empat biji kuih penyaram. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedilang Ib | sejenis dapur berbingkai empat segi, di dalamnya diisi tanah dan bara api yang digunakan untuk menyalai kepala musuh yang baru dibawa balik dari ngayau. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekaran Ib | sejenis bekas yang tinggi serta bertiang di keempat-empat sudutnya dan diperbuat daripada anyaman rotan untuk mengangkut padi, saiznya lebih kecil sedikit daripada lanji. | Ada di antara mereka juga berkelahi dengan Duat Simpungga atau Bujang Simputang Medang kerana berebut batu punggung kerengga iaitu satu azimat lama sebesar bakul tekaran. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tajau malalair Mr | tempayan yang sudah lama. | “Err mereka mau tajau tiluan empat buah,” jelas ibunya teragak-agak. “Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |