Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.ping] | امڤيڠ

Definisi : sj kudap-kudapan yg dibuat drpd padi muda atau drpd buah belinjau (yg disangai dan ditumbuk tipis-tipis); ~ belinjau emping yg dibuat drpd buah belinjau; mengemping, memperemping membuat emping, menumbuk (utk membuat emping): terdengar bunyi antan nyaring bertingkah, itulah tandanya orang sedang ~; peremping; masak ~ (bkn padi) belum masak betul dan elok utk dibuat emping; pengemping = lesung ~ lesung tempat membuat emping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.ping] | امڤيڠ

Definisi : kudap-kudapan yg dibuat drpd padi muda yg digoreng dan ditumbuk sehingga pipih bentuknya. mengemping membuat emping; menumbuk padi muda (utk dibuat emping). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emping

Puisi
 

Saya tahu emping basi,
     Orang mengail di dalam kali;
Saya tahu dia benci,
     Saja tidak sedarkan diri.


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
emping aling, *empialing* Ibsejenis burung berwarna hitam seperti gagak tetapi saiz badannya kecil.Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wong, *wunf* Ibjeram.Malam itu mereka mendengar orang riuh seakan-akan bunyi orang yang menghadiri gawai, lengkap memakai pakaian tradisional orang-orang Iban. Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas