Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima dicampur satu (6, VI); ~ belas bilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI); ~ likur sl ark dua puluh enam (26, XXVI); ~ puluh bilangan yg besarnya enam kali sepuluh (60, LX); berenam berjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya: jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah; keenam yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~, hulubalang yg bernama Sutama; keenam-enam semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang ke rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima ditambah satu; 6: ~ belas 16; ~ puluh 60. berenam berjumlah enam: Jangan pergi semuanya, ~ pun cukuplah. keenam bilangan atau peringkat yg nombor enam: Hulubalang Melaka yg ~ bernama Hang Nadim. keenam-enam enam-enam sekali; enam semuanya: Maka ~ sahabat itu pun berpeluk-pelukan dgn mesra setelah bertemu kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enam

Puisi
 

Soldadu mudik enam orang,
     Tinggi berjamang pula;
Lihat dek made awan terbang,
     Entah ke mana akan sampainya.


Lihat selanjutnya...(17)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sumayau Kdsejenis tarian suku kaum Dusun Gana yang ditarikan secara berpasangan oleh enam/lapan orang lelaki dan wanita. Tarian ini diiringi oleh paluan gong dan kulintangan.Berapa orang penari lelaki dan wanita, menuju ke dewan tari untuk menarikan tarian sumayau bersama­sama Ivan.Tarian Pribumi SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajau malalair Mrtempayan yang sudah lama.“Err mereka mau tajau tiluan empat buah,” jelas ibunya teragak-agak. “Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
cuncun, *cun-cun* MSrtepat, padan, sesuai (ukuran, sasaran).Kalau semuanya sudah selamat dipunggah ke gudang Ah Guan nanti, dapatlah wang enam ringgit cuncun; tidak lebih dan tidak kurang.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajau balayung Mrsejenis tempayan, bersaiz besar dan pendek.“Err mereka mau tajau tiluan empat buah,” jelas ibunya teragak-agak. “Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajau tiluan Mrsejenis tempayan yang bersaiz besar dan sederhana tinggi.Err mereka mau tajau tiluan empat buah, jelas ibunya teragak-agak. "Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajau binukul Mrsejenis tempayan, bersaiz besar, sederhana tinggi, ada yang berwarna kehitam-hitaman.Err mereka mau tajau tiluan empat buah, jelas ibunya teragak-agak. "Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ropuan Kd, Tbdapur kayu, tempat menyalakan kayu api untuk memasak.Setompok arang yang masih berasap sedikit kerana telah dijirus air dan tompokan abu putih, terdapat di atas ropuan berukuran empat kaki persegi. Di ropuan itu tersusun lima enam batang kayu api. Hujungnya berwarna kehitam-hitaman kerana telah terbakar.Mimpi BurubutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas