kelalagan Bj Sm, Tb | orang kenamaan (disegani dan dihormati). | Zulpan bingkas dari tempatnya berdiri melangkah mendapatkan Encik Safuan lalu dia menyuakan tangannya bersalaman dengan Encik Safuan, Pegawai Pendidikan Bahagian yang cukup kelalangan dan gah namanya di daerah itu. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tadul, *todul* Kd | kayu kecil yg dijadikan penyangga di kedua-dua hujung tali pada tongkungon. | Encik Janil Kiwai dari Kampung Lobong Tambunan telah menyatakan bahawa setiap tali atau dorongan haruslah berbeza-beza panjangnya bagi maksud menghasilkan bunyi yang berlainan dan untuk menghasilkan bunyi seperti ini si pemain haruslah mempunyai kemahiran untuk meletakkan penadul atau tadul seperti tercatat dalam rajah. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambok, *jumbua'* Bd | sejenis bakul tradisi orang Bidayuh. | Sebagai tanda simbolik Datuk Celestine Ujang meletakkan bungkusan biji kopi ke dalam tambok yang dibawa oleh Encik Michael Duk di majlis penyerahan ladang kopi SELCRA seluas 80 hektar kepada Kampung Tema Saan. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 1995 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aman Kd, Mr | sapaan hormat untuk lelaki yang lebih tua. | Ya, sahut Mogan bangga "Jangan resah Aman, saya selalu pandu Land Cruiser ke Nabawan, Dalit, Kelampun dan Batu Lunguyan," kata Mogan cuba meyakini Encik Safuan. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |