Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung dlm famili Bucerotidae (yg ada cula di atas paruhnya yg besar), burung jawa; ~ belantara sj burung, Rhyticeros plicatus; ~ belukar = ~ buluh sj burung, Anorrhinus galeritus;~ bulu = ~ jambul putih sj burung, Berenicornis comatus; ~ papan sj burung, Buceros bicornis; ~ lilin = ~ kenyalang sj burung, Buceros rhinoceros; ~ apa kpd ~, orang apa kpd orang prb susah senang kita, kita yg merasakannya, susah senang orang tinggallah pd orang (masing­masing menjaga sendiri); ~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya prb menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dll kejadian itu; burung pipit sama ~, (mana boleh sama terbang) prb perhubungan atau perjodohan yg tidak sama padan, manakan boleh selamat; makanan ~ hendak dimakan oleh pipit prb hendak melakukan sesuatu yg bukan padan dgn taraf (kesanggupan dll); (men)dengar(kan) cakap ~ prb mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya; pipit meminang anak ~ prb orang yg miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang kaya (besar-besar dll) tentu tidak munasabah; selama ~ mengeram prb lama benar; yg ~ sama ~ juga, yg pipit sama pipit juga prb berkaum (berkahwin dll) elok dgn yg sama pangkat (kedudukan, taraf, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enggang I

Puisi
 

Anak enggang di kayu tinggi,
     Banyak daun merentang-rentang;
Anak dagang tak lama di sini,
     Sampai musim dia pulang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Yang enggang sama enggang juga,
     yang pipit sama pipit juga.

Bermaksud :

Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tekalau Ibsejenis burung enggang; Bucerotidae.Burung sengayan, tekalau dan jeruit bercericau riang di ranting kayu sebelum masuk ke sarang.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
atang Mrpapan rentang berukir (hiasan dinding) berbentuk seperti burung enggang.Balon terus mencuba. Balon mahu membuktikan yang dia tetap gah dalam tarian itu. Menari-nari sisitan dan atangnya apabila tersentuh kingkilat.LansaranGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lavong Knsejenis topi daripada rotan, digunakan sebagai perhiasan kepala (dihiasi dengan bulu burung) dan biasanya dipakai untuk sesuatu upacara perayaan.Kepalanya yang ditutupi dengan lavong yang dihiasi dengan bulu merak dan enggang kelihatan berjurai-jurai dengan cantik, cukup untuk menarik perhatian para hadirin.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas