Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.so/] | ايسوق

Definisi : (ésok) 1. hari selepas hari ini, besok: ~ kita ke Pulau Pinang; ~nya hari selepas hari itu; 2. kemudian hari, nanti, kelak; ~ lusa a) esok atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti; beresok esok, besok; ~nya esoknya; mengesokkan = ~ hari menangguhkan hingga esok; keesokan; ~ harinya = ~nya esoknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.so/] | ايسوق

Definisi : /ésok/ 1 hari sesudah hari ini; besok: Hari ini hari Khamis, ~ hari Jumaat. 2 kemudian hari nanti; kelak. ~ lusa a. esok atau lusa. b. pd suatu waktu yg akan datang nanti. keesokan; ~ harinya, = ~nya esoknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esok

Puisi
 

Den jajar maka den kisai,
     Esok tidak ke ladang lagi;
Diajar badan merasai,
     Esok tidak tergamang lagi.


Lihat selanjutnya...(21)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
menulus Tbberubat cara tradisional untuk merawat penyakit.Tenat. Malam esok dukun Siak Belatung mahu menulus. Dia akan mencuba perubatan macam itu. Lepas tu dia akan memandikan Mak Sinah selama tiga hari.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menawa do rasam Kdmemohon hujan.Abon Munggit memerhati kegiatan di halaman rumahnya. Esok akan bermulalah upacara menawa do rasam. Beberapa orang lelaki sedang mendirikan sulap di tebing sungai sebagai tempat melakukan upacara.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jupit, *lupit* Ib, MSrhitungan hari selepas tulat.Rentap sedar benar keriuhan itu pasti berlarutan hingga ke pagi esok, petang dan malam esoknya. Mungkin berlarutan ke lusa dan jupit. Tentu ramai yang mericau tidak ketentuan.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
getah, *darah getah* Ibperibahasa untuk keturunan.Andailah Petara berkenaan mengurniakan belaskasihan dan ihsan. Menghulurkan pertolongan dan bantuan. Aku dapat beroleh darah, beroleh getah. Dapat anak esok, lusa dan kemudian hari, Aku berjanji akan mengadakan satu majlis kenduri.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas