Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : (étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : /étika/ prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm mengamalkan ilmu perubatan masing-masing. beretika mempunyai etika atau berpegang pd etika: Amalan yg tidak ~ itu mesti dihentikan segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etika


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gantung Kdtempayan besar tempat menyimpan mayat.“Roh bayi itu tidak mahu dimasukkan ke dalam gantung. Dia mahu dikafankan,” kata Tini.Nur EtikaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kadaat Kdketeguran atau kena sampuk makhluk atau roh halus.Dia muntah, Irom menjelaskan. "Dia perlu disembahyangkan. Barangkali dia kena kadaat," jelas Irom.Nur EtikaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
Bobohizan Kd Pnpakar upacara keagamaan.Orang kampung sudah pun mengikat babi jantan itu ke tempat menjampi. Bobohizan yang ditugaskan untuk memulakan upacara pemujaan itu sudah bersedia.Nur EtikaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buyut Kd Kmtanah lumpur membusut (busut ketam) yang biasanya menjadi tempat pemujaan apabila seseorang jatuh sakit.Tidak, kata orang lain, "Bibi gila." Tiba-tiba kegemparan berlaku lagi. Ribut tiba-tiba melanda dan menggegarkan pokok-pokok di sekitaran buyut itu. Dan, mereka pun terpaksa berpatah balik. Sekali gus membatalkan rancangan mencari Bibi, ketika itu.Nur EtikaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas