Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.tang] | ݢنتاڠ

Definisi : 1. sukatan atau ukuran banyak yg sama dgn 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya utk beras); 2. alat utk menyukat (beras dll); melukut di tepi ~ prb perkara kecil yg tidak mendapat perhatian; mengisi ~ pesuk prb membuat pekerjaan yg tidak menguntungkan; secupak tak akan jadi se~ prb sesuatu yg tetap dan sukar diubah lagi; menggantang menyukat dgn gantang; ~ asap mengingini sesuatu yg sukar dicapai; ~ anak ayam prb membuat pekerjaan yg amat susah; penuh sudah bagai ~ prb cukup (benar-benar) penuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.tang] | ݢنتاڠ

Definisi : 1 unit sukatan yg besarnya empat cupak dan digunakan utk menyukat beras dll. 2 alat yg digunakan utk menyukat beras dll. menggantang menyukat dgn gantang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gantang

Puisi
 

Jangan diharap mengukus pulut,
     Pulut dikukus bergantang-gantang;
Jangan diharap kasih di mulut,
     Kasih pandai hilang datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemukut di tepi gantang.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sintong, *sintung* Ibsejenis keranjang berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan dan bemban, mempunyai dua tali untuk disangkutkan di bahu. Ia digunakan khas semasa menuai padi. Ia boleh menampung sebanyak 2-3 gantang padi.Barang-barang yang mereka bawa itu disimpan di dalam selabit, dibawa di belakang dengan sintong dan sebagainya.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas