Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.la.gat] | ݢلاݢت

Definisi : 1. tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; 2. tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.la.gat] | ݢلاݢت

Definisi : 1 sesuatu yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu peristiwa; petanda: ~ akan pecahnya perang dunia sudah banyak sekarang. 2 gerak-geri atau tingkah laku yg menunjukkan seseorang itu akan berbuat sesuatu: Drpd ~nya, dia betul-betul hendak mengahwini gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelagat


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
terkanjat Kh, MSrterperanjat, terkejut.Jimbai yang turut terkanjat oleh perbuatan si Mayau menoleh lalu terserempak dengan gelagat Umbai yang terkulat-kulat membetulkan dirinya di muka pintu itu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kidum MSbsenyum.“Ya, memang dia menyintai gadis itu,” getus hati Omar. Kilau matanya, riak wajahnya pun kidum tawanya serta gelagat rianya dipenuhi oleh cinta yang terus membara terhadap dara itu.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas