Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.la.ran] | ݢلرن

Definisi : 1. panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk, dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang; 2. nama julukan (yg ada hubungannya dgn sifat atau keadaan seseorang dll, spt si bopeng, si bahlul, si kedekut, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.la.ran] | ݢلرن

Definisi : kata spt Tengku, Datuk yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2 nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelaran

Puisi
 

Seri Bangi gelaran paman,
     Waktu tuan raja di Kedah;
Tinggi bulan sayup pandangan,
     Berpakat kita tumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
huguan siou Kdgelaran untuk pemimpin agung Kadazandusun yg mempertahankan nilai tradisi masyarakatnya.Pairin berkata, usaha memperkukuh kerjasama bagi memelihara dan budaya KDM untuk manfaat masyarakat itu sentiasa menjadi objektif setiap yang dilakukannya sebagai ‘Huguan Siou’ (Pemimpin Agung).Daily Express (Harian Ekspres)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
kedatuan Bj, Ir, Slgelaran bagi golongan bangsawan suku kaum Suluk dan Iranun.Apu anak tunggal. Anak kesayangan. Orang tua Apu memang orang senang dan disegani di daerah itu. Orang kedatuan.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas