tekwan Ib, MSr | teko yang dibuat daripada kaca. | Talam berisi tekwan air limau berais dan sebiji gelas itu dibawanya keluar rumah. | Novel Kedamaian Yang Hilang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
suki Kd | bekas kecil yang dibuat daripada buluh yang digunakan untuk minum tapai. | Kali ini mereka minum tapai dari suki, dengan menghisap terus air tapai dari tempayannya. Tidak lagi menggunakan gelas ataupun mangkuk. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menuntum Ib, MSr | meminum sesuatu terus dari botolnya. | Tidak ada yang tidak mungkin. Selera hendak mabuk itu datang sendiri apabila melihat teman menuntum botol langkau atau secara yang lebih sopan, meneguk dari gelas atau cangkir. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
madsuwau Kd Pr | upacara untuk memuja semangat tajau (tempayan). | Upacara ini dimulakan sama seperti pada upacara madsuwau, iaitu dengan mengadakan persembahan seperti beras di dalam sebuah talam yang dibentuk seperti busut, di atas dan di lereng busut beras itu diletakkan sebuah gelas yang berisi sedikit minyak kelapa dan beberapa biji pinang muda. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |