Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.li] | ݢلي

Definisi : 1. rasa badan kalau digeletek; 2. rasa hendak ketawa (kerana lawak jenaka dll): ~ ia melihat kelakuan anaknya; 3. berasa ngilu atau ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dll); 4. berasa jijik dan seram melihat sesuatu spt ular, lintah, dll; 5. berasa jijik, mual, atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yg kotor dan busuk; ~-geman = ~-geleman jijik; ~ hati rasa hendak ketawa; habis ~ oleh geletek, habis bisa oleh biasa prb kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;menggeli Mn memberanikan (ayam yg berlaga); ~ induk ayam prb memberanikan seorang penakut; menggelikan 1. = ~ hati menimbulkan gelak ketawa; 2. menimbulkan rasa geli: maka banyak perkara yg ~ telah disaksikan;kegelian 1. perihal geli, perasaan geli: cerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatiku; 2. berasa geli: benda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~;penggeli orang yg mudah berasa geli (kalau digeletek); ~ hati sesuatu yg menggelikan hati, lawak jenaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li] | ݢلي

Definisi : ; buah ~ = geli-geli buah pinggang, ginjal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li] | ݢلي

Definisi : 1 perasaan yg dialami spt ketika seseorang digeletek dan biasanya mentertawakan: Jangan usik ketiakku, ~. 2 berasa jijik serta seram kerana melihat sesuatu spt lintah, cacing: Jangan bawa lintah itu ke sini, saya ~ melihatnya. 3 = ~ hati berasa hendak ketawa kerana lucu dll: ~ aku mendengar jenakanya. 4 berasa ngeri atau ngilu kerana mendengar bunyi orang mengikir dll. ~ geman (geleman) berasa sangat geli (jijik dan seram). menggelikan 1 menyebabkan berasa geli spt digeletek, melihat sesuatu spt lintah, cacing. 2 = ~ hati menyebabkan tertawa. penggeli orang yg mudah berasa geli; orang yg tidak tahan melihat atau mendengar sesuatu yg menggelikan. ~ hati sesuatu spt jenaka yg menggelikan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geli

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pupuk Ib, MSrberansur-ansur.“Dapat padi kali ini, aku bayarlah berpupuk-pupuk!” Kata-kata Lumai itu membuat Ah Chai terhenyak, kemudian ketawa seperti geli hati.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas