sangop MSb | timun kuning. | Oyong tentunya akan berasa gembira diajak ke tagad sekali lagi kerana sangop dan batad yang benihnya ditabur semasa mangasok dulu, kini sudah boleh dimakan. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batad MSb | sejenis tembikai liar, tembikai Acheh. | Oyong tentunya akan berasa gembira diajak ke tagad sekali lagi kerana sangop dan batad yang benihnya ditabur semasa mangasok dulu, kini sudah boleh dimakan. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sandau hari Ib | majlis keramaian bagi menandakan kegembiraan, diadakan pada siang hari sahaja. | Bapa mentuanya sungguh gembira menyambut ketibaannya itu. Mereka pun terus mengadakan upacara ‘sandau hari’ untuk menandakan kegembiraan. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
geramak Ib | sejenis ketam kecil. | Di tangannya ada karung plastik hitam. Kasau tahu, itu tentu geramak. Tentu Umai begitu gembira menangkap geramak di sawah. Geramak suka menyorok di bawah daun-daun kelapa kering, di celah-celah tunggul. Atau di celah-celah rumput kering. | Buaya Putih Buaya Kudung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sabang Ib | pokok puding; Codiaeum variegatum. | Mereka pun mengambil daun sabang dan mengibas Simpai Emas dan dengan kuasa ajaib yang ada pada mereka Simpai Emas pun hidup semula. Mereka pun gembira melihat dia sudah hidup semula. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengilok Bj, Sl | sejenis tarian menggerakkan tangan dan jari-jari yang dianggap sebagai tarian bersuka ria atau untuk maksud menghiburkan tetamu yang datang. | Kalau kita perhatikan cara Tarian Mengilok dipersembahkan, ianya merupakan tarian berentak riang-ria atau gembira dan jelas tarian berkenaan melambangkan kegembiraan atau kedamaian hidup suku kaum berkenaan yang kebanyakannya tinggal di persisiran pantai atau di Sungai Kinabatangan dalam daerah Sandakan. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |