Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ghaib] | ‌غاءيب

Definisi : 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~; mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; keghaiban perihal atau keadaan ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ghaib] | ‌غاءيب

Definisi : 1 tidak dpt dilihat; tersembunyi: Bomoh-bomoh biasanya menggunakan ilmu ~ utk mengubati sebarang penyakit. 2 tidak ada lagi; hilang dgn tidak semena-mena: Setelah orang tua itu berkata-kata, ~lah ia. 3 tidak diketahui sebab-sebabnya dll; ajaib: Peristiwa yg ~ itu menghairankan semua orang. mengghaibkan menjadikan ghaib; menghilangkan: Ahli silap mata itu berjaya ~ barang-barang yg ada di atas meja itu. keghaiban hal atau keadaan ghaib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghaib

Puisi
 

Kelip-kelip kusangka api,
     Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
babalian Kd, Mr, Tbpakar upacara keagamaan.Langsung dia tidak lagi memerlukan babalian sebagai orang perantaraannya dengan kuasa ghaib yang mereka puja sebelum ini.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aki kapuuno Mrpencipta langit dan bumi.Dengan biasiswa itu, dia mendaki satu demi satu tangga untuk menuju kejayaan. Dia terlupa langsung tentang kewujudan kuasa ghaib tertinggi yang mereka kenali sebagai aki kopuuno, pencipta langit dan bumi serta segala makhluk di atasnya.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas