Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : loceng kecil (utk perhiasan dll), loceng basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giring-giring I

Puisi
 

Kalau bergenta berdering-dering,
     Naik bendik kuda Paloyang;
Air mata giring-gemiring,
     Pabila kan sampai kasih sayang.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
giring-giring MSbsejenis alat bunyi-bunyian yang berbentuk kecil dan jumlahnya banyak.Gong, gendang dan giring-giring tidak perlu dibunyikan kerana tiada arahan yang akan diberikan oleh tetagas.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kiring-kiring Kdsejenis alat bunyi-bunyian yang berbentuk kecil dan jumlahnya banyak.Giring-giring : Segugus (seperti buah langsat), sebanyak 10 biji diperbuat daripada tembaga. Kadang-kadang ia juga disebut kiring-kiring, dibunyikan oleh wanita.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ginandang Kd Ltjenis irama paluan alat muzik.Lain-lain keperluan akan diadakan seperti pada upacara menawa, iaitu alat-alat bunyian seperti gong, gendang dan canang juga giring-giring. Dan irama ginandang mengigol akan mengiringi upacara tersebut hingga habis.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
babandil sanang Kd Ltsejenis canang.Alat-alat, susunan dan letaknya bunyi-bunyian yang mengiringi tarian Sumayau di Tuaran. Babandil Sanang/Canang Gong/Tawag-tawag Gong/Tawag-tawag Gendang Giring-Giring.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tutubit, *tutubik* Mrsejenis alat yang digunakan oleh bobolian dalam upacara pengubatan tradisional.Kelopak mata Charlene terkedip-kedip, memerhatikan upacara yang sedang berlangsung. Di tangan tentagas itu, tergenggam sebilah lembing, tutubit, giring-giring dan lain-lain untuk upacara itu.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas