Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gup] | ݢوݢوڤ

Definisi : 1. riuh-rendah, gegak-gempita, hiruk-pikuk: apabila letupan bergemuruh maka di dlm rumah kedengaran ~ dgn raung dan tangis perempuan; 2. bingung, kehilangan akal; 3. gagap: ia kelihatan ~ dan teragak-agak dlm adegan itu; menggugupkan menjadikan gugup; kegugupan perihal gugup, kebingungan; penggugup orang yg mudah menjadi gugup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gup] | ݢوݢوڤ

Definisi : 1 riuh yg tidak menentu bunyinya; bising yg amat sangat; hiruk-pikuk: Bunyi tempik sorak mereka ~ sekali. 2 tidak tahu apa yg harus dibuat; menjadi bingung kerana ketakutan dsb: Jangan ~, jawablah dgn tenang. 3 tidak dpt bercakap dgn lancar; tergagap-gagap: Dia ~ ketika menjawab soalan gurunya. menggugupkan menyebabkan menjadi gugup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugup


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pumpong, *pumpung* Ib, MSrmencantas.Kau jangan merendah-rendahkan aku, Rentap. Nanti kupumpong kepala kau. Tanpa disedari terpancut kata-kata ancaman daripada Kibong. Mukanya merah. Rentap sedikit gugup. Mujurlah dia masih berupaya menenangkan hatinya.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gayang MSbsejenis parang panjang.“Jika engkau tidak meninggalkan dia, mata gayang ini tidak akan puas selagi tidak menghirup darah, Mecra,” katanya. Kupandang gayang atau parang panjangnya itu. Aku gugup.Pesta MimpiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas