Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna-guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Bermaksud :

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pugai II LB, Ml, MSrsesuatu yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna.ada suatu hari, datanglah dukun yang sanggup mengubati Merawi. Dukun yang terkenal itu pandai menilik, pandai mengubati penyakit. Dia juga dikenali oleh sebilangan kecil pemuda di kampung itu, kerana pandai membuat ubat guna-guna, tegasnya pugai-memugai.Novel Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pugai I MSbmengenakan ubat guna-guna untuk membuatkan seseorang menyukai seseorang yang lain (lelaki dan perempuan) dengan menggunakan minyak dan sebagainya.Jangan-jangan, kau ni dah dirasuk oleh roh jahatnya. Barangkali, kau ni dah dipugainya! bentak Angusi.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
turoi Kd KBsejenis roh jahat.38. Turoi – Kerjanya membawa penyakit guna-guna yang dikirim oleh seseorang kepada orang lain.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengaruh Ibazimat untuk menjaga keselamatan diri daripada perbuatan jahat orang, atau ubat guna-guna ilmu hitam.Kemudian isteri Enteran Temiang menggosokkan pengaruh untuk menghidupkan orang yang sudah mati, ubat ini diperolehi Enteran Temiang dan Enteran Temali dari langit semasa mereka berjumpa Datuk Pengaruh. Pengaruh ini sungguh mujarab kerana sesudah digosok Enteran Temali pun mulai bernafas, dan terus hidup semula.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mowah Bd1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain.Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya.Antologi PilihanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nadai Ibtidak; bukan.Jimbai masih bertenang menunggu tindakannya. "Sial! Celaka! Lelaki nadai guna. Lebih baik kaumampus." Gemuruh geram dan benci menggoncang-goncang perasaannya bagai ombak pantai menyerang beting.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beru Ibperangai atau tingkah laku yang sangat tidak senonoh; buruk perangai.Dalam hal itu memang bini Seman satu sen pun tidak guna, tetapi Pak Dollah tidak dapat mengatakan apa-apa. Bini Seman orang kesayangan Peot sendiri. Peot adalah bininya. Dalam banyak keadaan salah atau macam beru pun bini Seman, baik juga kata Peot.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas