membujak Bj Sm, Tb | merejam lembing. | Dalam masa-masa yang tertentu, pengikut-pengikut Si Gunting berkumpul beramai-ramai, adakalanya mereka mengadakan latihan membujak dan menyumpit. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
payan Ib | sejenis buluh besar; Dendrocalamus asper. | Semasa dalam perjalanan Sera Gunting terjumpa sebatang buluh payan. Buluh payan menanyakan tujuan perjalanannya. Dia mengatakan dia hendak pergi menemui datuknya Sengalang Burong di langit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linggis Mr | menggiling atau menghancurkan sesuatu. | Kami sokong! jerit pengikut-pengikutnya seramai 100 orang itu. "Inggeris kita linggis! tambah satu suara lagi. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maginum Kd, Mr | majlis minum minuman keras. | Pada suatu hari Si Ongga pergi ke majlis maginum. Kehadiran Si Ongga telah diketahui oleh orang tua kampung. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tembadau, *tambadau* MSb | seladang | Dia tinggal bersendirian di satu kawasan di pergunungan itu. Dia memburu rusa dan tembadau sebagai bahan makanannya. Pengikut-pengikutnya tinggal di beberapa tempat yang berasingan. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baung Bj Sm | bekas minuman yang diperbuat daripada tempurung kelapa. | Orang-orang Mumus itu naik ke rumah Datu Unduk sesudah membasuh kaki dan minum air sejuk yang diberikan di dalam baung. Mereka minum bergilir-gilir. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bongan Kd | alat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh. | Kamu mahu ke mana? tanya Francis kepada seorang tua yang berjalan bersama-sama seorang wanita muda. Mereka masing-masing menggalas bongan dan berait. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berait, *barait* MSb | bakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya. | Kamu mahu ke mana? tanya Francis kepada seorang tua yang berjalan bersama-sama seorang wanita muda. Mereka masing-masing menggalas bongan dan berait. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |