Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.buan] | هبوان

Definisi : 1. bahagian (wang, makanan, dll) yg diuntukkan kpd seseorang, hak: yg baik itu ~ dialah; seorang pegawai sedang memba­hagi-bahagikan ~ kpd tiap-tiap seorang anak kapal; 2. peluang (utk memperoleh sesuatu yg menguntungkan), rezeki: kalau ada ~, tahun hadapan saya akan pergi ke luar negeri; ~ perut makanan (rezeki); 3. bp nasib, takdir, untung: memang sudah ~ dia, kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.buan] | هبوان

Definisi : bahagian drpd sesuatu spt wang, makanan yg diuntukkan kpd se­se­orang; hak; rezeki: Dia membahagikan ~ kpd tiap-tiap anak kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habuan
Rujuk :takdir


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
penjaram MSbsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras.ODU Launai sibuk. Seekor ayam, pasti jadi habuan. Begitu juga dengan kain putih, hitam, hijau dan merah. Tidak ketinggalan air tapai dan kuih penjaram.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas