limpas MSb | lalu, berjalan melintas di hadapan. | Pun, Paring ingin melihat Angusi selalu menjeling dia apabila orang tua itu limpas di hadapan sulapnya kerana mandi atau mengambil air. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkerumong, *engkerumung* Ib | sejenis alat muzik yang dimainkan semasa tarian ngajat. Bahagian hadapan yang dipukul seperti gong tetapi bentuknya lebih kecil, biasanya sebanyak tujuh biji dimainkan dalam satu masa. | Sejak dari itu orang di rumah panjang itu sering kali meminta padi dari Anyong dan Anyang dengan menukarnya dengan gong, tempayan lama, engkerumong dan harta pusaka yang lain, kerana mereka sentiasa tidak cukup padi untuk dimakan dalam satu-satu tahun. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
salun MSb | gema. | Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utak-utak Bj, Sl | sejenis sanggul. | Mata kayu Dayang Bandang yang bening, terus menembusi ke ruang hadapan yang mula kelam. Rambutnya yang bersanggul fesyen utak-utak dihiasi mahkota, teguh mengapuh belakang kepalanya biarpun dipuput bayu senja. Serta-merta dadanya sebak, direnggut pilu yang perit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tatabur Kd Lt | beras yang diletakkan di dalam bakul khas (bakul rotan atau kulit buluh). | Di hadapan dukun-dukun wanita itu tersedia "Tatabur" iaitu beras yang diletakkan di dalam sebuah bakul yang diperbuat daripada rotan atau kulit buluh. Pada hari itu juga seekor kerbau dikorbankan. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magavau Kd | upacara kemuncak dlm semua upacara penamanan padi dgn mempersilakan semangat padi utk naik ke rumah padi sehingga musim hadapan. | Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelauh Bj | sub suku kaum Bajau yang hidup menetap dalam perahu. | Palinmg tidak kusenangi ada orang-orang muda yang menutup hidung dan berbisik-bisik ‘pelauh’, apabila aku lalu di hadapan mereka. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berenong, *renong* Ib | balada cinta yang dinyanyikan oleh seorang lelaki. | Malam itu, ketika orang-orang sedang memasak, mereka sama-sama terdengar suara orang berenong (jenis nyanyian) dengan suara lantang menghilir Sungai Paku dan melimpasi hadapan rumah mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
labang beruang, *laba beruang* Ib | membawa petanda atau alamat baik. | Kalau kita nampak beruang semasa pergi ke huma, ini juga tidak baik. Maksudnya sama dengan burung atau binatang lain yang membawa nasib yang tidak baik. Tetapi kalau kita nampak ia datang menuju kita dari hadapan, ini baik kerana ia menghantar tuah yang dipanggil burung labang beruang kepada kita. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |