lia jerenang Ib | sejenis halia yang boleh dibuat ubat kembung perut (kanak-kanak). Ia biasanya dimakan bersama-sama sirih pinang. | “Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jernang, *jeranang* Ib | sejenis tumbuhan seperti halia yang digunakan untuk membuat warna. Ia ditumbuk kemudian kacau bersama air sebelum diperah bagi mendapatkan bancuhan berwarna. | Apabila sampai di situ Kumang pun terus mendirikan sebuah pondok. Setelah siap pondok didirikan, Kumang pun mendaki sebuah bukit. Di atas bukit itu dia terjumpa tumbuh-tumbuhan tarum dan jernang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tengkok, *tengkuk* Ib | sejenis pokok memanjat, buahnya dimasak lama kemudian direndam dalam air yang mengalir sebelum dimakan untuk membuang racunnya. | Bahan-bahan yang diperlukan dalam proses ngembun ialah kunyit, halia, minyak kepayang, buah tengkok, garam mengkudu atau garam nipah, buah kepayang dan kulit buah langir. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kromboi Bd, Sk | sejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering. | Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |