Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.dai] | هنداي

Definisi : kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan; berhandai-handai berkawan-kawan, ber­gaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan ber­cengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.dai] | هنداي

Definisi : kawan; sahabat; rakan. ~ taulan sekalian sahabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
handai (kata nama)
Bersinonim dengan kawan, rakan, sahabat, teman, kenalan, taulan, sekutu, konco, geng, member;,
Kata Terbitan : berhandai-handai,

Peribahasa

Senduk dengan belanga lagi berlaga.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nyengai hantu, *nyenggai antu* Ibupacara adat bagi menguruskan jenazah seseorang serta bagi membolehkan sanak saudara dan sahabat handai memberikan pengjormatan yang terakhir sebelum jenazah itu diusung ke tanah perkuburan untuk disemadikan.Malam itu dilangsungkan upacara yang dinamakan nyengai hantu. Upacara ini ialah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. Sebelum dibawa ke pendam (kawasan perkuburan) mayat itu hendaklah diberi makan terlebih dahulu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas