Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
enchaboh arong, *enchabuh arung* Ibsejenis upacara adat istiadat bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau.Gawai yang dipanggil Enchaboh Arong bukanlah jenis Gawai Burung kerana dalam gawai ini upacara ke tanju diadakan hanya sekali. Gawai ini hanya digunakan untuk menyambut kedatangan tengkorak musuh yang diperolehi semasa mengayau.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
babat Mlsejenis anyaman tradisional Melanau yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok rumbia.Aku hanya diam. Kupandang mak untuk menyokong pendirianku. Aku hampa kerana emak hanya asyik menganyam babat daripada lidi rumbia itu. Di sekelilingnya masih banyak lagi daun rumbia yang belum disentuh.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
alah ayu Iblemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat.Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
badat Kd Prsejenis balai khas yang hanya berdinding di bahagian kiri dan kanannya, untuk upacara Menugit sahaja.Upacara Menugit selalunya diadakan di sebuah balai yang disebut oleh orang-orang Kadazan sebagai balai badat - iaitu sebuah balai yang dibina khas, ianya merupakan sebuah bangunan tanpa dinding di bahagian depan dan belakangnya hanya dinding di kiri kanannya saja yang dibuat sebagai tempat menyimpan alat-alat bunyian dan tempat orang yang duduk bersandar.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkobong Kdmeriam buluh, hanya digunakan untuk mengkhabarkan adanya kematian.Meriam buluh atau "tungkobong" digunakan untuk mengkhabarkan dan memberitahu kepada penduduk-penduduk kampung mengenai kematian itu. Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngutik MSrberhantu.Buktinya hanya satu, sebelum lawatan itu, memang tempat itu tempat jin bertendang dan mungkin juga kalau tidak kerana nama Petra Jaya itu tempat itu akan kekal menjadi tempat yang selalu dikatakan ngutik.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
dumbak MBrsejenis rebana yang hanya dimainkan oleh wanita.Kesemua alat-alat muzik ini dimainkan oleh lelaki atau perempuan, kecuali Dumbak - rebana - ianya akan dimainkan oleh wanita saja di samping melagu/ menyanyikan Anding itu sekali.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kemelang sumpah Ibsejenis tumbuhan yang hanya wujud dalam cerita dogeng rakyat Iban yang dipercayai dapat menunjukkan petanda tertentu.Keling berjalan melalui kebun tumbuhan kemelang sumpah yang berwarna merah tua. Lepas itu dia menyoroti pokok-pokok jelunok kampong sabang dan pokok kampong sabang inak.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sigi Kdsigi adalah bentuk sompoton yang terawal yang digunakan oleh orang-orang Kadazandusun. Biasanya sigi mempunyai paruh yang dibuat daripada buluh kecil untuk dijadikan bahagian yang ditiup. Ia hanya digemari oleh golongan tua.Tonik sigi tidak fleksibel seperti tonik sompoton. Sigi tidak boleh memainkan lagu tempatan berirama moden seperti Sompoton. Oleh kerana itu, ia hanya sesuai untuk memainkan irama-irama asli.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mongingindapu Kdmembeli dan menjual.Mengikut ayah, hanya datuknya sahaja yang mongingindapu gong pada zaman dahulu. Mongingindapu bererti berniaga membeli dan menjual gong. Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orang­orang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas