tungkusan Kd | harta pusaka. | Pusaka ialah harta yang diwarisi turun-temurun yang disebut dalam Bahasa Dusun sebagai “tungkus” atau “tungkusan”. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkus Kd | harta pusaka. | Pusaka ialah harta yang diwarisi turun-temurun yang disebut dalam Bahasa Dusun sebagai “tungkus” atau “tungkusan”. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
senggang Ib | sejenis tumbuhan seperti lengkuas (tetapi tidak boleh dimakan), kulitnya boleh dibuat tikar. | Telichai beristerikan Endu Dara Sia, berasal daripada keturunan Hantu Kamba, perempuan yang tinggal di hutan asam paya. Dia mewarisi harta pusaka yang berbentuk tajau rusa, berukir menarik mengambil bentuk rumpun buah senggang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkerumong, *engkerumung* Ib | sejenis alat muzik yang dimainkan semasa tarian ngajat. Bahagian hadapan yang dipukul seperti gong tetapi bentuknya lebih kecil, biasanya sebanyak tujuh biji dimainkan dalam satu masa. | Sejak dari itu orang di rumah panjang itu sering kali meminta padi dari Anyong dan Anyang dengan menukarnya dengan gong, tempayan lama, engkerumong dan harta pusaka yang lain, kerana mereka sentiasa tidak cukup padi untuk dimakan dalam satu-satu tahun. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |