Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[he.lai] | هلاي

Definisi : 1. benda yg tipis dan lebar (daun, baju, dll), lembar, keping, carik: datangnya pagi bagaikan kipas yg sedang terbuka, ~ demi ~; 2. penjodoh bilangan bagi barang yg tipis (spt daun, rambut, kertas, kain, dll): se~ daun; se~ kertas; se~ selendang; sehelai satu helai; ~ sepinggang pakaian yg ada pd tubuh sahaja; berhelai-helai beberapa helai, terdiri drpd helai (kertas yg tidak dijilid dll): ~ kertas yg dicontengnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[he.lai] | هلاي

Definisi : ; sehelai; daun ~ setahun sj tumbuhan (herba), daun satu tahun, Nervilia aragoana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[he.lai] | هلاي

Definisi : 1 benda yg lebar dan tipis spt daun, baju, kertas; keping: Dia menggosok kain baju itu ~ demi ~. 2 kata atau penjodoh bilangan utk menghitung benda-benda yg lebar dan tipis spt daun, kertas atau benda yg halus dan panjang, spt rambut: se~ baju; se~ daun; se~ benang. berhelai-helai beberapa helai: ~ kertas yg dicontengnya. sehelai satu helai: ~ sepinggang pakaian yg ada pd tubuh saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
helai (kata nama)
Bersinonim dengan lembar, keping, lampir, carik, pel;,
Kata Terbitan : berhelai-helai,

Peribahasa

Ayam menang,
     kampuh (= kampung) tergadai.

Bermaksud :

Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sapat Ibtirai yang dibentuk dengan beberapa helai pua kumbu yang tersangkut pada tali dan diikat di antara tiang-tiang di ruai untuk melindungi badan si mati.Apabila Kumang dan Lulong melangkah ke dalam rumah roh itu sebesar bunga mancis. Akhirnya apabila sampai di ruai Keling dan Laja, roh itu sudah sebesar biji sekoi. Secepat Kumang dan Lulong berada di dalam sapat mereka terus meletakkan roh itu di atas kepala Bunga Eni dan Bunga Satangkai.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
apin Mrtikar.Padi yang belum masak diletakkan di tikar (apin) dan ditutup dengan satu helai tikar lagi sehingga masak.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
seladan Ibsejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar.Beberapa helai seluar dan baju lusuh terbungkus erat dalam sebuah plastik juga dimasukkannya ke dalam perut seladan.Mengepung MimpiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gambang II Kd KBsejenis kain sarung.Seorang bujang yang berkahwin dengan sepupunya (sudah jauh) maka gadis-gadis yang sepupu dengan sigadis tadi akan menerima adat selimut daripada sibujang tadi seperti berikut:- satu helai kain sarung (gambang).Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
igat Ibsapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda.Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas