Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[he.lang] | هلڠ

Definisi : sj burung liar yg biasanya menyambar ayam; ~ belalang, Microhierax fringillarus; ~ hindik, Spizaetus cirrhatus; ~ laut = ~ siput sj burung helang, Heliaeetus leucogaster; ~ malam sj burung helang, Machaerhampus alcinus; ~ merah, Haliastur indus; ~ sewah sj burung helang, Accipiter gularis; ~ terbang mengawan, agas hendak meng­awan juga prb orang miskin mahu meniru kelakuan orang kaya; kalau tak ada ~ belalang menjadi ~ prb kalau orang pandai tidak ada, orang bodoh mengaku dirinya pandai; spt ~ menyongsong angin prb gagah dan berani apabila menentang musuh; cerdik ~ bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua prb biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yg rendah jua yg terpedaya (menanggung rugi); sepantun ~ dgn ayam, lambat laun disambar juga prb jika ber­hampiran sesuatu yg berlawanan itu akhirnya terjadi juga sesuatu yg tidak baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[he.lang] | هلڠ

Definisi : beberapa jenis burung buas yg suka menyambar ayam, Aquila spp.; Harpia spp. dll: ~ belalang; ~ laut (siput); ~ sawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helang

Puisi
 

Helang laut helang jambangan,
     Helang di darat mematuk padi;
Kalau diikut mata timbangan,
     Sama berat baru menjadi.


Lihat selanjutnya...(42)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
menaul Ibhelang.Burung menaul berkata, "Wah, sangat beruntung aku. Sekarang aku mempunyai terompet. Eloklah aku terbang sambil menyanyi dengan seruling ini." Menaul pun menyanyikan lagu, "Kuit, kuit." Semakin tinggi ia terbang semakin kuat pula ia menyanyikan lagu, "kuit.Cerita-cerita Rakyat BidayuhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
latuk Ib, Mlsejenis parang pendek untuk kegunaan umum.Sesekali akar tigis dan kuku helang yang menghalang perjalanannya dihayunkannya dengan latuk.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas