pengalai Ky | penari. | Sewaktu mengadakan majlis Anding ini, kemenyan hendaklah disediakan untuk dibakar di samping mayang pinang muda yang masih belum mengurai. Mayang pinang muda ini digunakan oleh pengalai untuk memudahkan mereka memasuki acara ‘menurun’ iaitu kerasukan. | Pemujaan semangat dewa dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
porong Bj Sp | dastar. | Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lajjuk Bj Sp | tanjak. | Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumbong, *lumbung* Ib | pondok khas tempat meletakkan keranda orang kenamaan spt Rentap. | Semasa hayat Benya dan kerana kegemilangan hidupnya dia telah meminta supaya mayatnya nanti tidak ditanam di dalam tanah. Sebaliknya ia hendaklah disimpan di dalam keranda dan diletakkan di dalam sebuah binaan yang dipanggil lumbong. Ini berbeza sedikit daripada yang biasa dilakukan kepada seseorang lelaki Iban yang mashyur. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyengai hantu, *nyenggai antu* Ib | upacara adat bagi menguruskan jenazah seseorang serta bagi membolehkan sanak saudara dan sahabat handai memberikan pengjormatan yang terakhir sebelum jenazah itu diusung ke tanah perkuburan untuk disemadikan. | Malam itu dilangsungkan upacara yang dinamakan nyengai hantu. Upacara ini ialah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati. Sebelum dibawa ke pendam (kawasan perkuburan) mayat itu hendaklah diberi makan terlebih dahulu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |