tepus Ib, MSr | sejenis tumbuhan herba seperti lengkuas yang boleh dibuat sayuran. | Pucuk rebung, tepus, keladi, kulat, pucuk paku dan kemiding adalah antara tumbuhan liar yang boleh dijadikan sayuran. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
puhung Bj Sm | sejenis tumbuhan herba yang boleh dibuat bedak sejuk. | Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baujan Bj Sm | sejenis tumbuhan herba. Kulit pada batangnya boleh dibuat bedak sejuk. | Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk. | Dari Dalam Cermin (Azmah Nordin). 1992. DBP. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kikiri Kd | gelenggang (gelénggang) sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ubat kurap, kayap dll), daun kurap; Cassia alata. | Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |