piring Ib | sesajian hidangan untuk pemujaan. | Siap sudah upacara memohon restu itu, mereka balik ke rumah kediaman mereka. Segala hidangan piring dan babi korban mereka ditinggalkan di puncak gunung itu. Semua bahan itu adalah untuk membuktikan kesungguhan mereka memohon restu yang diharapkan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gelibuh Kd Mb | nyiru besar. | Hidangan itu akan diisi ke dalam sebuah gelibuh, iaitu sebuah nyiru besar. Di dalam gelibuh itu harus diisi dengan beberapa benda yang akan menjadi hidangan dan santapan kepada semangat padi itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambah, *tambak* Mr | jeruk. | Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai. | Buletin Malaysian Borneo Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sinalag Bj, Mr | daging salai. | Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai. | Buletin Malaysian Borneo Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
binulu, *binuluk* Mr | makanan (biasanya ikan) yang dimasak dalam bambu. | Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai. | Buletin Malaysian Borneo Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
edram MSr | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atau bulat leper yang berlubang di tengah. | Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linapon Mr | kerbau yang disembelih pada hari perkahwinan yang dipercayai boleh menolak bala atau membuang sial. Bagi suku kaum Murut ia adalah salah satu hantaran perkahwinan, manakala bagi suku kaum Dusun pula ia tidak termasuk hantaran perkahwinan tetapi wajib dilaksanakan untuk tujuan di atas. | Selain daripada menyembelih kerbau linapon yang disembelih untuk hidangan di majlis keramaian itu. Paha kerbau yang menjadi bintang diuntukkan kepada ayah Paring. Itulah keperluan adat bintas dalam masyarakat mereka. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |