Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.lang] | هيلڠ

Definisi : 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suara­nya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemu­dian drpd makzulnya sembilan tahun, sete­lah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ di­cari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut menger­jakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb ke­pandaian (kebesaran) seseorang tidak ke­lihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk ber­ganti kijang emas prb perempuan yg ber­cerai dgn suaminya yg hina kemudian ber­kahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan sese­orang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb per­buatan baik atau jahat akan hilang di­lindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani me­lakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikam­nya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, ke­matian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang se­suatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, pe­ng­­ha­pusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: se­teguk air ~ dahaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.lang] | هيلڠ

Definisi : 1 tidak diketahui tempat adanya sesuatu; tidak kelihatan lagi; ghaib; lenyap: Wangnya ~ di tengah jalan. 2 tidak ada lagi (bkn perasaan, kenangan dsb): Kepercayaannya terhadap pegawai itu telah ~. Budi baiknya selama ini tidak akan ~ walaupun kehidupannya susah. 3 tidak ada atau tidak kedengaran; tidak keluar (bkn bunyi, suara dll): Kedengaran sayup-sayup bunyi kapal terbang, makin lama makin ~. Suaranya ~ kerana banyak bersorak semasa menonton perlawanan bola sepak. 4 meninggal dunia; mati. ~ akal a. tidak tahu apa yg hendak dibuat. b. agak gila. ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi. ~ ingatan a. hilang akal. b. tidak sedar akan diri; pengsan. ~ nyawa meninggal dunia; mati. menghilang menjadi tidak kelihatan lagi; menjadi hilang; melenyapkan diri: Kapal terbang ~ di balik awan. Ahmad terus ~ tanpa berita. menghilangkan menyebabkan atau menjadikan tidak ada lagi; melenyapkan; menghapuskan: Dia dimarahi oleh ibunya kerana ~ anak kunci. kehilangan 1 hal hilangnya sesuatu atau seseorang: Dia melaporkan ~ anaknya itu. 2 kemati­an: Seluruh rakyat turut bersedih atas ~ pemimpin yg dikasihi. 3 menderita kerana hilangnya sesuatu: Dia ~ wang. penghilangan perbuatan (hal dsb) menghilang atau menghilangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(120)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
karau MSbkeadaan ketawa yang lama sehingga hilang suara.Dia seperti orang karau tidak sedarkan diri tanpa segan-silu menjerit dan memaki hamun sambil terus meronta dan menyumpah seranah terhadap penari wanita itu.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
payau MSbrusa.Keringat di tubuhnya masih membasahi kemeja berkotakkotak biru yang dipakai. Letihnya masih belum hilang. Bangkai payau sebesar ibu kambing, masih tersembam di atas dedaun simpur kering.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tekwan Ib, MSrteko yang dibuat daripada kaca.Talam berisi tekwan air limau berais dan sebiji gelas itu dibawanya keluar rumah.Novel Kedamaian Yang HilangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sawa Irsejenis irama yang dimainkan menggunakan alat muzik Kulintangan Tring.Antara lagu yang dimainkan termasuklah bia-bia, tigad-tigad, debak, sawa dan sebagainya dan kadang-kadang diiringi muzik gendang dan gong.Bakokong dimain untuk hilang penatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tring Irbuluh atau bambu.Suku kaum IIlanun ini mengistilah “Tring” sebagai buluh atau bambu dan perkataan tring ini adalah bahasa kaum ini sendiri, jadi Kulintangan Tring ialah kulintangan yang diperbuat dari buluh.Bakokong dimain untuk hilang penatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
debak I Ir2. sejenis irama yang dimainkan menggunakan alat muzik Kulintangan Tring.Antara lagu yang dimainkan termasuklah bia-bia, tigad-tigad, debak, sawa dan sebagainya dan kadang-kadang diiringi muzik gendang dan gong.Bakokong Dimain untuk Hilang PenatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bia-bia Irsejenis irama yang dimainkan menggunakan alat muzik Kulintangan Tring (buluh) spt xilofon.Antara lagu yang dimainkan termasuklah bia-bia, tigad-tigad, debak, sawa dan sebagainya dan kadang-kadang diiringi muzik gendang dan gong.Bakokong Dimain untuk Hilang PenatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
juak Ibsejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk; adong.Dia rasa cincinnya itu sudah ditelan ikan juak. Dia berasa amat kesal memikirkan cincin hikmat hilang begitu sahaja.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kulipapa, *kalipapa* Bj, Irsejenis pohon yg kayunya digunakan sebagai asas utk menempatkan gong-gong kecil supaya bunyinya nyaring.Bahagian kedua Kulintangan tring ini dinamakan Antaga atau Rak. Pada kebiasaannya suku kaum IIlanun membuat Rak atau Antaga dari bahan kayu jenis kulimpapa atau kulipapa, iaitu sejenis kayu yang boleh mengeluarkan bunyi nyaring.Bakokong dimain untuk hilang penatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bakokong Mrsejenis alat muzik yang terdiri daripada sebelas buah batang buluh yang terdiri daripada Talison dan kotang-kontangan di mana bentuknya seruas/tiga ruas seperti Tagunggak dan dimainkan secara solo.Panjang sebatang Talison pada alat Bakokong ini tidak lebih dari dua kaki (60 centimeter) sahaja, manakala ukuran pada sebatang Kotang-kotongan yang paling pendek dan kecil tidak lebih dari 0.5 kaki atau 15 centimeter sahaja.Bakokong Dimain Untuk Hilang PenatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas