temuai MSr | sejenis perahu. | Sampai di tepian, Batang Nyabur sedang menolak arus surutnya. Air mengalir agak laju ke hilir. Di tebing yang ketohoran tetapi masih basah itu, kelihatan beberapa buah perahu jenis temuai yang tersadai melintang-pukang. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemambang Ib | orang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian. | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duman, *dungan* Ib | kata yang mengiringi kata ikan (rima untuk ikan dalam teks/nyanyian klasik ikan). | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buri Ib | kulit siput. | Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. Dia memandang ke hilir ke karangan rangki dan kelihatan bertaburan kulit siput buri dan kerang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mering LB | sejenis perangkap ikan berbentuk seperti bubu tetapi ia tidak mempunyai injap dan dipasang secara melawan arus. Ia diperbuat daripada buluh. | Di hilir sungai itu ada sebuah mering kepunyaan Angi. Libau pun naik ke atas tebing dan menghampiri pondok Angi tadi. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rangki Ib | kulit siput laut yang kecil. | Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. Dia memandang ke hilir ke karangan rangki dan kelihatan bertaburan kulit siput buri dan kerang. Dia lalu berjalan melalui jalan tepian. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |