pagung Bj | sejenis tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok); Nipa fruticans. | Buat apa dengan pagung tu? Tanya Nanak. "Buat atap. Semalam hujan turun. Tempias hujan masuk ke dalam rumah. Bapa tak dapat tidur," jawab gadis itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pemansai Ib | sejenis alat menangkap ikan kecil di sungai. Ia diperbuat daripada anyaman buluh atau bemban. | Madu pergi membawa pemansai untuk menangkap ikan. Ketika itu hujan turun renyai-renyai tetapi matahari masih bersinar terang. Hujan panas. Naik bulu roma Madu dititisi hujan yang melekat di daun. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menawa do rasam Kd | memohon hujan. | Abon Munggit memerhati kegiatan di halaman rumahnya. Esok akan bermulalah upacara menawa do rasam. Beberapa orang lelaki sedang mendirikan sulap di tebing sungai sebagai tempat melakukan upacara. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kutieng Bd | sejenis burung ketilang. | Hujan masih turun. Bunyi burung kutieng masih juga kedengaran, sayup-sayup. Malam itu seisi rumah Panol gempar. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kinoringan Kd | Tuhan pencipta. | Tetagas tidak dipanggil untuk memohon kepada Kinoringan supaya menurunkan hujan bagi menyelamatkan umat manusia. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sulap samang Mr | pondok tempat menyimpan tajau yg berisi mayat bagi kaum Murut. | Petang itu, hujan renyai-renyai mengiringi keberangkatan jasad seorang pejuang untuk disemadikan dalam sulap samang, makam keluarga yang dihias dengan ukiran kayu yang utuh dan dicat dengan warna-warni yang cantik. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aman Kd, Mr | sapaan hormat untuk lelaki yang lebih tua. | Ya, sahut Mogan bangga "Jangan resah Aman, saya selalu pandu Land Cruiser ke Nabawan, Dalit, Kelampun dan Batu Lunguyan," kata Mogan cuba meyakini Encik Safuan. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelalagan Bj Sm, Tb | orang kenamaan (disegani dan dihormati). | Zulpan bingkas dari tempatnya berdiri melangkah mendapatkan Encik Safuan lalu dia menyuakan tangannya bersalaman dengan Encik Safuan, Pegawai Pendidikan Bahagian yang cukup kelalangan dan gah namanya di daerah itu. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duwai MSb | ikan bawal. | Berita Pak Suhib yang dikatakan berjaya mendaratkan lebih 50 kilo udang kertas subuh tadi begitu hangat diperkatakan. Begitu juga berita perahu Pak Mail yang senget kerana keberatan membawa ikan duwai setelah merentangkan pukatnya sebanyak tiga sambungan itu. | Teduhlah Hujan Redalah Angin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ponggah Tb | angkuh. | Dia cukup faham hati nurani ahli-ahlinya yang pelbagai ragam dan rentak itu. Kalau tidak tegas akan jadi bahan gurauan; lebih-lebih lagi Intan Baiduri, anak hartawan yang bantugan di pekan itu, yang terlalu ponggah. Bicara dan cadangannya tidak boleh ditolak; mesti diterima. Kalau tidak dia akan melenting. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |