kinayoo Mr, Tb | besar. | Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
panansawa Kd | orang hulu. | “Kerana saya orang Panansawa?” Aduhai! Secengang inikah engkau Sumi? Hatiku mengeluh ketika tiba hampir dengannya. | ‘Sekilas...’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
entigis Ib, MSr | bahagian sungai yang paling hulu. | Ular belalang dan ular sawa itu bercumbu di entigis sungai, pasangan ular itu melakukan hubungan jenis pula. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensurai Ib | sejenis pokok yang tumbuh di tebing hulu sungai; Dipcrocaspus oblongikolus, buahnya seperti buah engkabang dan boleh dimakan. | Kalau tidak ranting-ranting, botol-botol, sampah-sarap dan batang ensurai ditunda perlahan menyaratkan sungai itu. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
karangan Ib | hamparan batu kerikil di tebing atau di tengah hulu sungai. | Apabila Kumang dan Lulong tiba di sebuah karangan mereka terlihat banyak ikan sedang berkumpul untuk menetaskan telur. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mumban kerangan Ib | sejenis pokok renek yang tumbuh di celah-celah batu di hulu sungai. | “Belum,” jawab Angap. “Bapa saudara kamu ini tidak cepat mabuk. Tidak pernah tanggal dahan kayu mumban kerangan ini. Haiss!” Mereka melaung-laung sambil menghayun tangan. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jejabong, *jejabung* Ib | rambut musuh yang telah tewas sebagai bukti seseorang itu sudah berdengah. Ia biasanya diletakkan di hulu parang sebagai lambang keperwiraan. | Pada suatu hari dia telah pergi ke sekolah. Ketika dia sampai, murid-murid sedang tekun belajar. Mereka berasa takut melihat Buda membawa parang jejabong dan tangkal yang dililit di sekeliling pinggangnya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai antu Ib | upacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban. | Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensenga Ib | bubu atau lukah yang diperbuat daripada ruas buluh yang dibelah di sebelah satu hujung. Perangkap ini diletakkan di sungai dengan bahagian terbukanya ke arah hulu sungai sejenis perangkap ikan. | Apabila usia mereka meningkat tujuh tahun lapan bulan, mereka sentiasa menjadi ketua kanak-kanak lain semasa bermain, menjala dan mengail ikan, menahan bubu dan ensenga. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
meruju Ib | sejenis tumbuhan yang tumbuh di tepi pantai atau sungai, daun dan batangnya berduri. | Tidak lama selepas kejadian ini Patinggi Ngadan pun berjalan-jalan ke kawasan hulu Layar. Semua karangan, tebing, mumbun dan meruju (jenis-jenis tumbuhan di tepi air) disemburnya dengan air. Sambil menyembur tebing-tebing ini dengan air dia berjampi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |