tengkerong Tb | cicak tokek. | Setelah ia menyatakan demikian, anak muda itu pun menggoncangkan badannya dan lantas menjelmalah ia menjadi seekor cicak tengkerong. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kakaung Mr Tl | sejenis alat tradisi kaum Murut berbentuk tangguk yang digunakan untuk menangkap ikan, udang dsb di sungai kecil, kolam dll. | Ia pun membawa kakaung dan bakulnya lalu jalan sehingga tanah rata itu di mana ia cuba dan cuba menangkap udang tetapi tidak ada udang yang diperolehinya. | Sabah Folk Tales 1-7. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aram-aram Tb | kayu yang dilantak pada batang pokok untuk dijadikan tangga. | Lalu mereka pun mengumpul kayu-kayu kecil untuk membuat aram-aram. Bila siap aram-aram itu, Songaki pun naiklah ke atas dan mulalah ia menebang. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |