kolulut Kd | Ilmu hitam yang digunakan untuk menjadikan mangsa sakit atau dalam kes yang teruk untuk membunuh mangsa. Ia selalunya dijelmakan dalam bentuk belalang. | Puak Bangkahak mempunyai sejenis ilmu hitam yang disebut kolulut. Kolulut ini dijelmakan menjadi seekor burung besar yang disebut Bugang. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengaruh Ib | azimat untuk menjaga keselamatan diri daripada perbuatan jahat orang, atau ubat guna-guna ilmu hitam. | Kemudian isteri Enteran Temiang menggosokkan pengaruh untuk menghidupkan orang yang sudah mati, ubat ini diperolehi Enteran Temiang dan Enteran Temali dari langit semasa mereka berjumpa Datuk Pengaruh. Pengaruh ini sungguh mujarab kerana sesudah digosok Enteran Temali pun mulai bernafas, dan terus hidup semula. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
guris MSb | ilmu hitam. | Tapi anak murid Embok Ali yang bekerjasama dengan kompeni itu telah menghilangkan guris yang telah disediakan oleh Embok Ali itu dengan ilmu yang telah dipelajari dan senapang kompeni pun mula meletus, tetapi tidak mengenai sasaran, Mak Cik Sukinah bercerita menggantikan suaminya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Bugang Bj Sm, Kd, Tb | burung yang dipercayai membawa petanda malapetaka oleh masyarakat Kadazandusun. | Puak Bangkahak mempunyai sejenis ilmu hitam yang disebut kolulut. Kolulut ini dijelmakan menjadi seekor burung besar yang disebut Bugang. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |