Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nang] | اينڠ

Definisi : perempuan yg menjaga (memandikan dll) anak tuannya (biasanya anak raja-raja atau anak orang besar-besar): baginda telah memilih beberapa orang perempuan yg muda-muda utk menjadi ~ kpd anakanda baginda itu; ~ pengasuh perempuan yg menjaga dan mengasuh (kadang-kadang menjadi teman puteri raja bermain-main); mak ~ panggilan yg agak hormat kpd inang yg telah berumur; penghulu ~ sl pegawai istana (perempuan) yg mengurus hal-hal istana; tarian ~ sj tarian tradisional Melayu; menginang menjadi inang (menjaga anak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nang] | اينڠ

Definisi : 1 perempuan yg menjaga dan melayan anak-anak (biasanya anak raja-raja atau anak orang besar-besar): mak ~ panggilan yg hormat utk inang yg telah berumur. 2 = tarian ~ sj tarian tradisional Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inang (kata nama)
Bersinonim dengan dayah, inang pengasuh, inya.,

Puisi
 

Lang inang padi Daik,
     Padi sawah mahu guna;
Kalau mudah-mudahan baik,
     Esok boleh buat berguna.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jak MSryang (kata sendi).Apa jak merah di leher dayang? Rantai emas oleh ayahanda dari Jawa. Baginda mengerat pula telinga Puteri Bukit Siguntang. Bertanya pula Mak Inang dalam lagunya.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas