Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ti] | اينتي

Definisi : 1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~ udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti; ~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting (dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu; berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah; berintikan mempunyai sesuatu sbg inti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.ti] | اينتي

Definisi : 1 isi yg terdapat dlm kuih yg dibuat drpd gula, kelapa dll. 2 ki bahagian yg terpenting drpd sesuatu; isi yg penting atau terutama: Apakah ~ perbincangan kita ini? ayat ~ salah satu drpd empat bentuk ayat yg paling sederhana sbg dasar terbentuknya ayat-ayat lain yg tidak terhitung jumlahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
selangking Ibsejenis kayu keras yang digunakan untuk membuat tiang.Kali keempat dia bergawai, dia mengadakan Gawai Mendirikan Tiang Sandong, menggunakan inti kayu selangking. Gawai ini juga dinamakan Gawai Lemba Bumbun.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyulap Ibmengganti tanaman yang telah mati dengan yang baru (biasanya tanaman jagung atau padi).Keempat kali Begawai Burung, tiang sandong yang didirikan ialah daripada inti kayu selangking tetapi berbonggolkan tajau. Mantera akan menyentuh berbagai-bagai kisah sehingga kisah nyulap atau menanam jagung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas