Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ra.ma] | ايراما

Definisi : 1. ukuran masa atau tempo (pd muzik): ~ perlahan digantikan dgn yg rancak; 2. panjang pendek bunyi yg teratur, turun naik bunyi yg teratur (pd lagu dll), rentak: penari-penari sedang rancak menari mengikut ~; 3. ki gaya, tingkah, ragam, rentak: cara pelaksanaan oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dgn perubahan suasana dan keadaan. berirama dgn (memakai) irama, berentak; gerak badan ~ gerak badan mengikut irama; mengiramakan memberikan irama (pd lagu dll): kanak-kanak boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ra.ma] | ايراما

Definisi : turun naiknya bunyi atau lagu secara teratur; gerakan bunyi atau lagu yg berturut-turut dan teratur; tempo; rentak lagu: ~ lagu Melayu asli; Mereka menari mengikut ~. berirama ada iramanya. mengiramakan memberi irama (pd lagu dll); memberi berirama: Penggubah ~ lagu itu ala lagu Hindustan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
irama (kata nama)
Bersinonim dengan tempo, rentak, nada, melodi.,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
angalang Mr1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian.Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta.Tarian Mengubati Orang Yang SakitGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelebak, *kedebak* Bjirama atau rentak muzik.Irama titik sudah berubah. Kini irama kelebak dimainkan.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
titik kuntau Bj Spsejenis irama paluan kulintangan.Kalau diperhati dengan teliti rentak atau irama titik kuntau yang menjadi satu tempo dan tarian di dalam tegungguk bagi masyarakat Bajau di Semporna ada persamaannya dengan rentak atau irama tigad-tigad bagi masyarakat Bajau di Kota Belud, di mana di dalam kedua-dua rentak atau irama tersebut penari-penarinya akan menari sama seperti keadaan orang yang sedang berpencak silat.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tigad-tigad Bj Smsejenis irama yang rancak, cepat.Gamat sekali majlis belas itu. Tigad-tigad, anduh-anduh dan kelebak. Irama kulintangan gong, dan gendang serta bebandil mengeluarkan berbagai irama. Penontonnya sudah ramai yang datang.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sigi Kdsigi adalah bentuk sompoton yang terawal yang digunakan oleh orang-orang Kadazandusun. Biasanya sigi mempunyai paruh yang dibuat daripada buluh kecil untuk dijadikan bahagian yang ditiup. Ia hanya digemari oleh golongan tua.Tonik sigi tidak fleksibel seperti tonik sompoton. Sigi tidak boleh memainkan lagu tempatan berirama moden seperti Sompoton. Oleh kerana itu, ia hanya sesuai untuk memainkan irama-irama asli.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lipa Bj Smsejenis perahu yang lebar di bahagian tengah, berupaya menampung sepuluh orang.Pulau-pulau kecil kelam kehitaman bagai terapung dan berlabuh di tengah laut. Kecipak air di landas lipa menguntumkan irama. Ocehan daun mengharmonikan irama.PelauhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ginandang Kd Ltjenis irama paluan alat muzik.Lain-lain keperluan akan diadakan seperti pada upacara menawa, iaitu alat-alat bunyian seperti gong, gendang dan canang juga giring-giring. Dan irama ginandang mengigol akan mengiringi upacara tersebut hingga habis.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
samundai, *sumundai* Kdirama tarian mongigol suku kaum Rungus.Magigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Magigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kudidi Bj Smsejenis irama paluan kulintangan.Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kerebak Bj Smsejenis irama paluan kulintangan.Keadaan ini sama seperti pada permainan titik bagi masyarakat Bajau di daerah Kota Belud, Tuaran dan Papar di mana daripada tempo atau rentak titik; tersebut lahirlah rentak atau irama Kudidi, Andu-andu, Bia-bia, Tigad-tigad, Kerebak, Nanggar Mabai, Jawa-jawa dan Tenggungguk yang juga boleh ditarikan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas