landas | tengkujuh. | Beliau mengulangi ikrar tentang komitmen kementeriannya untuk membantu kaum nelayan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka terutama musim landas apabila keadaan laut merbahaya untuk mereka. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tepus Ib, MSr | sejenis tumbuhan herba seperti lengkuas yang boleh dibuat sayuran. | Pucuk rebung, tepus, keladi, kulat, pucuk paku dan kemiding adalah antara tumbuhan liar yang boleh dijadikan sayuran. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambok, *jumbua'* Bd | sejenis bakul tradisi orang Bidayuh. | Sebagai tanda simbolik Datuk Celestine Ujang meletakkan bungkusan biji kopi ke dalam tambok yang dibawa oleh Encik Michael Duk di majlis penyerahan ladang kopi SELCRA seluas 80 hektar kepada Kampung Tema Saan. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 1995 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
songkor MSr | sejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang. | Binaan yang diperbuat daripada pokok nibong ini digunakan oleh penduduk kampung untuk memasang ‘songkor’, sejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang, bahan utama untuk membuat belacan, salah satu produk yang paling sinonim dengan kampong Boko. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sokot Bd | sejenis ulat sebesar ibu jari berwarna kekuningan. Ia hidup dalam batang rumbia yang sudah reput. Ia enak digoreng dan mempunyai banyak khasiat terutamanya protin.(sokot disebut di kalangan masyarakat Bidayuh, manakala ulat mulung oleh orang Melayu tempatan dan si’et oleh masyarakat Melanau) | Krombi dan Sokot antara makanan eksotik di Pasar Minggu Satok. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ambal Ib, MSr | sejenis hidupan laut (solen brevis) yang berbentuk separuh selinder. Ia terdapat di beberapa kawasan persisiran pantai berpasir di beberapa bahagian di Kuching dan Samarahan. Ambal merupakan makanan laut yang enak dan popular. | Apabila ambal terkena campuran kapur ia akan menolak lidi tersebut dan cuba keluar dari pasir. Dengan pantas ambal akan diterkam dan dicabut sebelum ia sempat masuk kembali ke dalam pasir. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |