jeraya MSr | jalan raya. | Cuma satu malam, mereka keluar ke jeraya lalu singgah di sebuah perhentian bas - selepas lebih kurang setahun persahabatan baiknya dengan Ahtieng berlangsung - Ahtieng merebahkan dirinya di pangkuannya; sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba dan di luar sangkaannya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
arong Ib, Ml | laluan, lorong pada jalan atau sungai. | Telur ayam dipecahkan di kepala orang yang pengsan itu. Berdasarkan ajaran inilah orang yang pengsan kerana laluan arong semasa upacara gawai dipulihkan dengan menggunakan telur ayam. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
suang talun Kd | binatang liar. | Masa eh... dia urang (orang) mau pi jalan sana hutan, ibunya berpesan kepada mereka di mana sekiranya dia urang makan dan terjumpa dengan suang talun (binatang liar) mereka disuruh jangan bunuh itu binatang. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kucingan MSb | sejenis pokok semalu yang memanjat. | Nanak melintasi kawasan belukar kecil di kiri dan kanan jalan. Belukar itu sering dilewatinya pada setiap hari. Pokok kucingan dan daun-daun lalang melambai-lambai ditampar angin petang. Ada kalanya kakinya bergesel dengan daun-daun lalang. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temuda Ib | kawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan. | Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
meruju Ib | sejenis tumbuhan yang tumbuh di tepi pantai atau sungai, daun dan batangnya berduri. | Tidak lama selepas kejadian ini Patinggi Ngadan pun berjalan-jalan ke kawasan hulu Layar. Semua karangan, tebing, mumbun dan meruju (jenis-jenis tumbuhan di tepi air) disemburnya dengan air. Sambil menyembur tebing-tebing ini dengan air dia berjampi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temasu MSb | tembusu; Fagraea fragrans. | “Tidak jauh lagi, saudari. Selepas pokok temasu yang tinggi di depan tu, kita akan sampai di rumahnya. Rumahnya di tepi jalan, tak susah dicari,” kataku sambil memindahkan beg pakaiannya ke bahuku sebelah kiri. Wah, beratnya sudah hampir-hampir sepikul kurasa. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berasik Bj, Bs, Mr, Tb | upacara memulih semangat. | Bapa saudaraku sakit. Sakit tua, jelas Eunice, "Dah jenuh kami bawa ke hospital, tapi tak juga baik. Tiada jalan lain, kecuali mengadakan upacara Berasik, untuk memulihkan semangatnya untuk hidup." | Setulus Sarina | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kakaung Mr Tl | sejenis alat tradisi kaum Murut berbentuk tangguk yang digunakan untuk menangkap ikan, udang dsb di sungai kecil, kolam dll. | Ia pun membawa kakaung dan bakulnya lalu jalan sehingga tanah rata itu di mana ia cuba dan cuba menangkap udang tetapi tidak ada udang yang diperolehinya. | Sabah Folk Tales 1-7. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pintal-memintal Tb | perbincangan akhir tentang hantaran. | Acara belum bermula lagi. Pintal-memintal belum kedengaran. Sebentar lagi, Imam Tuk Batil akan berhadapan dengan Turagai. Mereka akan berbincang sebaik-baik mungkin. Mana yang tidak kena, akan dicari jalan penyelesaian. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |