Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1. titi yg besar (yg dibuat drpd kayu atau batu) utk lalu lintas menye­berangi sungai, jalan kereta api dll; 2. ki peng­hubung, perantara: peranan saya ialah sbg ~ utk menghubungkan kesarjanaan saya dgn dunia politik saudara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1 titi besar yg dibina merentangi sungai dll utk lalu lintas kenderaan dan manusia: ~ gantung jambatan yg menggunakan tali utk menghubungkan kedua-dua belah tebing; ~ pelampung jambatan yg terapung di atas air. 2 ki orang dsb yg menghubungkan dua pihak; perantara; penghubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jambat
Kata Terbitan : jambatan,

Puisi
 

Labuan jambatan batu,
     Tempat mengisi tudung pelikat;
Dari tuan dulu satu,
     Nyawa di badan disimpan lipat.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Menyeberangi jambatan emas.

Bermaksud :

Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jubata Skdewa.Mungkin inilah sialnya, gerutunya dalam minda yang sempit dan semakin payah digunakan untuk berfikir itu. Tulah apalah ini! Huh, disumpah Jubata agaknya.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bumai betupik Ibbercucuk tanam.Selama tiga tahun itulah juga mereka dapat bumai betupik dengan jayanya. Setiap selepas menuai mereka akan bergawai seada-adanya tanpa ragu-ragu akan apa-apa pun.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bisik Ibada.“Haiyaa, nuan bisik dengar berita wai” Tanya tauke Cina berseluar katuk perut buncit itu kepadanya. Dia cuba melatih percakapan Ibannya supaya lebih disenangi oleh ketua masyarakat di kawasannya itu.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngelaban Ibmelawan, berjuang, menentang.“Agik idup, agik ngelaban!” Rentap bertempik lagi dan bersama-sama tempikan itulah dia berazam untuk membunuh James Brooke dengan tangannya sendiri. Dia hendak ngayau kepala orang putih itu dengan ilangnya sendiri.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
congek MSrcengeng.“Di masjid banyak orang tau. Selalunya abang akan nangis kalau ditegur orang. Abang congek,” usikku kerana aku mahu dia faham bahawa aku tidak gemar akan sikapnya itu. Dia agak terlalu pemalu “sekurang-kurangnya pada kehendak atau penilaianku.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelaik Ib, MSrkayu pulai.“Janganlah bina kubu daripada kayu pelaik sahaja. Apa nama panglima dan pejuang kita ini kalau buat kubu pun tak pandai.” Dia merenung ke semua muka pengikutnya sekali lagi untuk mencari keyakinan daripada setiap orang yang duduk mengelilinginya.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
datang kain MBrdatang bulan.Dara pun tidak dapat diharapkannya kerana badannya naik subur terlalu cepat. Agaknya kerana dia terlalu kuat makan, fikirnya sejenak. Datang kain ketika berusia sebelas tahun, sebelum sempat ditebuk telinganya. Dewasanya lebih cepat daripada yang diharapkannya dan dijangkakannya juga.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mit Ibkecil.Mengapalah bapa mit ini tak pulang-pulang? keluh isteri Irang. Dia gelisah menunggu, dia bukan saja takut tetapi tidak ada sesiapa yang boleh membantu dia di rumah. Sedang isteri Irang gelisah menunggu dia terdengarkan sesuatu bunyi aneh seolah-olah ada sesuatu atau seseorang berjalan melalui jambatan yang dibina menuju ke rumah.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas