[ja.sad] | جسد
Definisi : 1. tubuh atau badan (manusia) yg wujud (sbg lawan roh): hanya ~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isterinya di kampung; 2. Ar tubuh atau badan yg tidak bernyawa lagi: ~nya terbujur di perbaringan; 3. (Fiz) sesuatu yg wujud yg boleh dipegang atau dilihat: meteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ja.sad] | جسد
Definisi : sesuatu yg wujud dan dpt dipegang dan dilihat; badan; tubuh: ~ saja yg ada tetapi rohnya sudah melayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)