Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jauh] | جاءوه

Definisi : 1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini; ~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~ drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya; ~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawapan atau sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~ maka dipanggil prb telah terlambat; sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata; jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati; b) segan-segan; berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain; berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari: mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh; menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh); menjauhi menjaga supaya jauh dr, menghindari: orang kampung berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya; menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri; kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jauh] | جاءوه

Definisi : 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jauh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura,
Berantonim dengan dekat

2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,

Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan,

Puisi
 

Pucuk pauh ulam pauh,
     Pauh tidak diidam lagi;
Tuan jauh saya jauh,
     Jauh tidak terulang lagi.


Lihat selanjutnya...(180)
Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Bermaksud :

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
temasu MSbtembusu; Fagraea fragrans.“Tidak jauh lagi, saudari. Selepas pokok temasu yang tinggi di depan tu, kita akan sampai di rumahnya. Rumahnya di tepi jalan, tak susah dicari,” kataku sambil memindahkan beg pakaiannya ke bahuku sebelah kiri. Wah, beratnya sudah hampir-hampir sepikul kurasa.Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngeranau Ibmencari-cari sesuatu sehingga ke tempat yang jauh.Tidak ada lagi jejak ngeranau di tepi langit."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pudung Bj, Kd, Tbparang pendek yang digunakan untuk merumput.Fikirannya melayang jauh. Kemudian, fikiran itu kembali kepada dirinya sendiri. Ada waktu-waktunya dia mengeluh. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di sana bininya masih terbongkok-bongkok di celah-celah batas. Satu-satu perdu rumput itu rebah terkena pudung bininya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gambang II Kd KBsejenis kain sarung.Seorang bujang yang berkahwin dengan sepupunya (sudah jauh) maka gadis-gadis yang sepupu dengan sigadis tadi akan menerima adat selimut daripada sibujang tadi seperti berikut:- satu helai kain sarung (gambang).Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyengok, *jenguk* Ibpetanda yang ditunjukkan oleh binatang seperti rusa, pelanduk atau kijang yang kelihatan dari jauh, lazimnya di kawasan huma.‘Burung’ yang disebut nyengok, apabila dilihat, membawa alamat yang tidak baik. Kalau kita nampak ‘burung’ seperti ini kita mesti minta orang yang boleh makai burung menjauhkan huma dan orang yang mempunyai huma itu dari segala malapetaka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
duanda motua-tua Mrbidan yang berpengalaman.“Hei! Baru aku ingat ibumu tinggal di kampung seberang. Jauh dari sini. Biarlah saya dapatkan duanda motua-tua dulu.” Paring menuruni tangga.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuwa Ibjin atau semangat yang menolong seseorang untuk berjaya.Kalau keturunannya kemudian hari ada berkahwin dengan orang dari tempat yang jauh, mereka ini mesti bederian, bejamban dan juga bepanti kerana takutkan tuwa tidak mahu ikut sama ke tempat yang baru. Ini mencontohi adat yang digubalnya sendiri semasa dia berkahwin dengan Gupi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuai rumah IbKetua rumah panjang.Lumai membelingas sambil tergocoh-gocoh membetulkan kainnya. Mencebik bibirnya apabila melihat Tuai Rumah tercegat tidak jauh dari situ. Tuai Rumah memerhatikannya sambil tersenyum-senyum menunjukkan muka yang manis.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
enyawir Ibsejenis perhiasan yang dibuat daripada duit syiling untuk diikat pada tali pinggang. Ia kelihatan seperti sisik ikan apabila dipandang dari jauh.Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sansaring Kd, Tbsejenis canang yang mengeluarkan suara yang nyaring seperti canang cina.Lamin ..., tegur Sadi kepada seorang pemuda yang berpakaian sepertinya. Lamin duduk bersila tidak jauh darinya. "Buruk benar bunyinya irama gong yang kaumainkan. Sakit telinga aku. Kau seharusnya menjiwainya dengan sepenuh perasaan. ..." Lamin yang sedang memalu gong `sansaring'nya begitu tersinggung.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas