longgar mata udang, *gerah mata udang* Ib | peribahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah. | “Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah,” kata Keling menuding ke arah Laja. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jerak Ib, Ml, MSr | serik. | Hatta cakap emak kandung sendiri pun Jimbai sudah bosan. Sudah jerak. Kali ini biarlah dirinya sendiri yang menentukan jawapan yang bakal diberikan kepada urusan dirinya sendiri dan dia akan membantah semua perkara yang patut dibantah. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mowah Bd | 1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain. | Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |