unus Ib | gelang yang diperbuat daripada benang pokok aping; dipakai oleh jejaka Iban pada zaman silam. | Gelang unus sungguh halus pakaian kaum Baketan pulang bertualang. Berjalan berterusan mendaki gunung, menurun gunung, menyusuri laluan binatang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sogit Kd, Tb | denda. | Pancuran yang khas untuk wanita-wanita mandi itu selamat tidak ada jejaka yang boleh mengintip mereka mandi. Sogitnya berat, malunya pun sampai ke anak cucu. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sengkalan Ib, MSr | kayu andas tempat memotong sesuatu (memotong sayur-sayuran dan daging). | Keling dan Laja diikat lalu diletakkan di atas sengkalan. Mereka terus memotong dua orang jejaka itu dengan parang dan ilang tetapi semua alat itu patah. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
unduk ngadau MSb | Ratu cantik sempena Pesta Keamaatan. | Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya. | Jejaka Idaman | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |