Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; me­nahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; ~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa me­lakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd ke­susahan (penderitaan) orang lain; ter­pasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak men­celakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; sejerat Mn seikat, seberkas; menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jerat
Rujuk :perangkap

Puisi
 

Jerat semata di hujung tanjung,
     Terkena landak jantan betina;
Panjang dikerat pendek disambung,
     Untuk kita bekerjasama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
aping Ibsejenis pokok palma; kulitnya boleh dibuat benang tali kail atau jerat burung, umbutnya boleh dibuat sayur. Manakala lapisan habuk yang terdapat pada pokoknya boleh digunakan sebagai bahan untuk menyalakan api.Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuwil Kdsejenis jerat.Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sunggul Kdsejenis jerat tradisional.Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tengang Ibsejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala.Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bubung Ibsejenis perangkap kera yang berbentuk sangkar dan berumpan.Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. Binatang ditangkap dengan bubung, pencaran dan sumpitan beracun ipuh. Ikan ditangkap dengan pancing.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penduk Ibsejenis tumbuhan berkayu yang tumbuh di hutan berpaya, kulitnya boleh dibuat tali, batangnya ringan dan mudah reput.Binatang dan burung memang masih banyak dan mudah didapati di kawasan tersebut. Kawasan itu selalu dikunjungi oleh para pemburu, penangkap ikan dan penyumpit burung. Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sadik LBsejenis perangkap binatang yang diperbuat daripada tali dan rotan. Ia biasanya untuk menjerat tupai.Si kura-kura sangat marah lalu berteriak, “Awak tunggulah,” lalu bergegas pulang dan dia terus membuat sadik (jerat) dan memasangnya di bawah pokok pisang.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas