Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li.mat] | کليمت

Definisi : 1. ayat; anak ~ ayat kecil yg tidak dapat berdiri sendiri dan bergantung pd atau menjadi sebahagian drpd ayat yg lain (ayat majmuk); induk ~ ayat yg dapat berdiri sendiri sbg ayat lengkap dan menjadi bahagian yg terpenting atau ayat pangkal dlm ayat majmuk (bersusun); 2. perkataan; ~ (kata) lepas kali­mat (kata) yg berdiri sendiri (tidak berhu­bungan dgn yg lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li.mat] | کليمت

Definisi : 1 kata atau kumpulan kata yg berhubungan dan mempunyai maksud (makna) tertentu; ayat. 2 sesuatu yg diucapkan (dituturkan); perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalimat (kata nama)
1. Bersinonim dengan ayat

2. Bersinonim dengan perkataan: kata, ungkapan.,