monegolig, *monigoli* Kd | sejenis tarian berunsur keagamaan dan memohon restu dari Tuhan yang bersemayam di puncak Gunung Kinabalu dan juga bertujuan untuk menghalau hantu yang mengganggu ketenteraman sesebuah kampung. | Dan manakala kepala kambing berkenaan akan dibawa bersama atau dibawa berarak sambil menarikan tarian monegolig. Tujuan kepala kambing dibawa ialah untuk diserahkan kepada hantu yang menganggu ketenteraman kampung. | Memuja tuhan di Gunung Kinabalu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
payau MSb | rusa. | Keringat di tubuhnya masih membasahi kemeja berkotakkotak biru yang dipakai. Letihnya masih belum hilang. Bangkai payau sebesar ibu kambing, masih tersembam di atas dedaun simpur kering. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rentaka Bj Sm, Tb | sejenis meriam besar. | Sebaliknya, Riad perlu mengadakan hantaran belanja dalam bentuk mata benda seperti keris, lembing, parang, rentaka atau sejenis meriam seberat tiga pikul, kerbau, sapi, kambing, kuda, gong, bebandil dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |