ngolitan Kd Rn | baju ditenun daripada kapas. | Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
luli Ib | gumpalan kapas yg siap utk dipintal. | Taya yang sudah dibuang biji itu disebut sebagai luli. Luli ini akan dipusingkan untuk menjadi benang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empalai taya Ib | kebun kapas. | Benang yang ditenun ialah daripada pokok taya. Pokok ini ditanam di tempat khas yang disebut sebagai empalai taya. Kebun pokok taya ini memang dijaga dengan rapi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selimpuk, *salimpuk* Mr | manik-manik yang beraneka warna. | Dia memakai pakaian daripada kain tenunan kapas yang halus berwarna hitam, disulami dengan beraneka jenis warna benangnya. Terdapat selimpuk atau manik-manik yang beraneka warna. | Setulus Sarina | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kolid Kd | perisai. | Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangkad Kd Kj | sejenis baju tidak berlengan yang dipakai oleh penari lelaki. | Baju mereka dikenali dengan nama bangkad - diperbuat daripada benang kapas yang ditenun, potongan baju ini tidak bertangan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pilamong Kd Lt | tajau kecil yang diisi ramuan ubat-ubatan. | Pilamong - tajau kecil yang di dalamnya terdapat ramuan ubat-ubatan - akar-akar kayu, kapas, minyak kepalap dan jerangau. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kaval Rg | sejenis baju berlengan panjang tetapi bahagian lengan berkenaan tidak berjahit, dipakai oleh wanita. | Kaval - baju panjang tangan - tangannya dibelah tidak berjahit. Ia dipakai pada waktu hari-hari keramaian saja. Ianya berwarna-warni dan diperbuat daripada benang kapas. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |